Ada beberapa kos utama dalam penjualan hartanah:Ada beberapa kos utama dalam penjualan hartanah:
1. Cukai Hartanah (RPGT)
Cukai hartanah dikenakan untuk jualan dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh belian. Kadar RPGT adalah seperti berikut:
Jualan pada tahun pertama hingga tahun ketiga: 30%
Jualan pada tahun keempat: 20%
Jualan pada tahun kelima: 15%
Jualan pada tahun keenam dan seterusnya: tiada cukai.
Sebagai contoh. Jika tuan puan beli rumah pada bulan Disember 2015 dengan harga RM150,000. Kemudian jual dengan harga RM250,000 pada bulan Jun 2016.
Kadar RPGT ialah 30% kerana jualan pada tahun pertama.
Dalam kes ni, keuntungan tuan puan ialah RM100,000 (RM250k – RM150k). Secara kasar, cukai yang dikenakan ialah 30% daripada nilai ni. Jumlah cukai yang dikenakan hampir RM30,000 (30% x RM100,000).
Buat pengecualian sekali seumur hidup.
Pengecualian ni hanya boleh dibuat sekali sahaja. Seeloknya dibuat untuk hartanah yang paling banyak keuntungan jika tuan puan memiliki lebih dari satu rumah. Sedikit peringatan, jika rumah yang dijual tu ada dua nama, kedua-dua pemilik mesti dikenakan pengecualian jika nak dapatkan pengecualian penuh. Jika salah seorang sahaja yang buat, pengecualian hanya dapat separuh.
Cth: Rumah Ada Dua Nama - Encik Ali dan isterinya Pn Aminah. Jika En Ali sahaja yang exercise pengecualian, amaun RPGT yang dikenakan ialah RM15,000. Jika dua-dua exercise, tiada RPGT dikenakan.
Pengecualian ni hanya boleh dibuat sekali sahaja. Seeloknya dibuat untuk hartanah yang paling banyak keuntungan jika tuan puan memiliki lebih dari satu rumah.
Sedikit peringatan, jika rumah yang dijual tu ada dua nama, kedua-dua pemilik mesti gunakan pengecualian jika nak dapatkan pengecualian penuh.Jika salah seorang sahaja yang buat, pengecualian hanya dapat separuh. Misalnya, amaun RPGT ialah RM30,000.
Buat penolakan untuk kos-kos belian dan jualan hartanah.
Jika tuan puan tak guna cara di atas, langkah nak jimatkan RPGT adalah dengan membuat penolakan kos belian dan jualan. Ada beberapa kos transaksi belian seperti kos peguam dan stamping boleh ditolak sebelum didarab dengan kadar RPGT.
Topik ini agak panjang. Jika tuan puan nak tahu lebih lanjut boleh rujuk artikel Merancang Dan Menjimatkan Cukai RPGT.
2. Kos Guaman
Tuan puan juga perlu melantik peguam. Dan lantikan ini ada kos untuk fi profesional peguam. Tuan puan boleh rujuk ke kalkulator fi peguam. Bahagian yang relevan ialah ‘Legal Fee – Sale & Purchase Agreement/ Loan Agreement’.
Untuk penjimatan, pemilik boleh ‘tumpang’ peguam pembeli. Dalam kes tumpang ni tuan puan kena ingat, peguam tu tadi bukan peguam mewakili tuan puan.
Jika ada masalah dalam transaksi atau kelewatan, mereka pastinya akan menyebelahi pembeli. Mereka juga tiada komitmen dengan tuan puan sebab tiada lantikan. Nak suruh mereka buat kerja untuk pihat tuan pastilah mereka tak layan.
Dalam kes tumpang ni, peguam tadi akan bantu tuan untuk buat transfer di pejabat tanah dan uruskan pengeluaran geran daripada bank (discharge of charge). Kos kerja ni rendah berbanding dengan lantikan penuh. Dalam RM1,500 sahaja.
3. Penalti ‘Lock-in Period’
Sesetengah bank mengenakan penalti menjual dalam tempoh ‘Lock-in Period’. Biasanya lock-in period ni 3-5 tahun. Jika tuan puan jual dalam tempoh 3-5 tahun dari tarikh pembelian, tuan puan akan dikenakan penalti.
Kadar penalti ni pula tak tetap. Berbeza ikut polisi bank. Berdasarkan pengalaman ambe dalam 3% dari nilai rumah. Misalnya baki pinjaman tuan puan ialah RM100,000.
Tuan puan jual dalam tempoh lock-in. Penalti yang dikenakan ialah RM3,000. Ambe sarankan tuan puan semak perjanjian pinjaman tuan puan untuk kepastian tentang tempoh lock-in dan juga kadar penalti.
Jika perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar, sila klik bawah:
www.NiagaHartanah.Com/lantik-ejen
Atau sila /Sms/Wassap ke:
012-9185187 En Wan Ejen Hartanah.
Terima kasih.
Ejen hartanah berdaftar di Malaysia.
Bangi Jual beli rumah di Malaysia.